Thursday, 28 February 2013

Ketiak dia berbau..hehe

salam. hmm, tengok tajuk lain macam aja?? hehe. biasa lah. ketiak orang semua berbau kan. ketiak patung jer yang tak berbau. Malu tak kalau ketiak anda berbau??? hehe.. ADUSSS,.. MALUNYA..
Yang menjadi masalahnya, bau tu hingga mengganggu orang lain. terutamunya waktu nak bas atau komuter. Tambah pulak waktu pulang dari kerja..huhhhhhh.. takyah cakap lah. Dah la ketiak berbau, berdiri pulak dalam komuter yang macam tin sardin..hehehe.. sendiri paham aja lah ye.. 

kali ni saya nak share beberapa petua untuk kurangkan masalah KETIAK BERBAU.

Antaranya macam ni..:

  • Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
  • Ambil beberapa pucuk daun jambu batu dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian gosokkan pada ketiak anda sebelum mandi dan biarkan beberapa minit dan bersihkan dengan air bersih.
  • Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
  • Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dan tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
  • Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
  • Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
  • Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
  • Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
  • Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
  • Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak.

Ok. pilihlah mana-mana petua pun yang anda rasa sesuai dengan anda.. :)