Korang mesti nak kan senyuman yang yakin macam ni.. kuncinya, kita tak yakin dgn senyuman kita sebab gigi kita yang tak brapa putih.. :) hehe. jangan marah ya..
Kat sini saya nak share PETUA untuk jadikan gigi kelihatan putih.. tanpa modal yang besar, tanpa equipment yang canggih.. tak perlu meluangkan masa berjam2 dalam sehari untuk putihkan gigi andaa..
Ada beberapa cara sebenarnya.
Petua yang pertama adalah:
Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.
Amalakan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.
Petua yang kedua pula adalah:
Yang ni mungkin korang pernah dengar.. yaitu gunakan arang. Sedar tak sedat, orang tua-tua dulu banyak yang menggunakan kaedah ni. Tapi ada caranya. Tak boleh main hentam jer gosokkan gigi dengan arang. Kang gugur habis suma gigi.. hehe
Caranya mudah saja, anda hanya perlu ambil ketulan arang, kemudian tumbuk (hancurkan) hingga menjadi serbuk. kemudian, serbuk tersebut boleh disimpan untuk beberapa kali gunaan. Setiap kali nak guna, just ambil sedikit & gosokkan pada gigi.. :) anda akan lihat perbezaannya..
Seronokkan kalau gigi anda lebih putih.. hehe. Anda akan lebih yakin untuk senyum...