Saturday, 16 February 2013

Petua Kuku Cantik & Rahsianya...

Kuku.. kuku yang bersih melambangkan cara hidup seseorang itu, samada pembersih atau sebaliknya..
Tapi, kalau kuku berkilat, nampaknya lagi menarik. terutamanya bagi kaum hawa..

Korang pun nak kan kuku macam ni?? :) maksud saya nampak berkilat & bersih. Senang saja petuanya..

Korang kena sediakan 3 biji limau nipis & beberapa belimbing buluh.


Ok, mula2 perah 3 biji limau nipis ke dalam bekas yg sesuai. campurkan dengan air biasa & rendamkan kuku selama 15 minit.

lepas rendam, kuku anda akan nampak lebih bersih. untuk lemngkapkan prosesnya, potong belimbing buluh & gosokkan pada kuku anda. Anda akan lihat kesannya.. :)

Tapi..

Nak kuku yang CANTIK, tak semestinya kena PANJANG kan???

Sebab ada beberapa pendapat yang tidak menggalakkan kita simpan kuku yang panjang.. meh kita tengok sikit renunganya..

Imam al-Baihaqi dan Imam al-Tabarani meriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Azdi, beliau menyatakan terdapat seorang lelaki bertemu dengan Rasulullah s.a.w. untuk bertanya tentang berita dari langit. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Ada seorang daripada kalian bertanyakan tentang berita dari langit sedangkan kukunya panjang seperti kuku burung dan berkumpul padanya kotoran hadas junub dan kotoran lain."

Dalil lain tentang hukum memanjangkan kuku turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan beberapa orang ulama hadis yang lain menyatakan Anas r.a. meriwayatkan bahawa:

"Rasulullah s.a.w. telah menetapkan tempoh masa kepada kami dalam perkara memendekkan misai, MEMOTONG KUKU, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu ari-ari. Rasulullah s.a.w. mengarahkan kami agar tidak membiarkannya melebihi 40 malam."

Namun, menurut Imam al-Nawawi rhm. bahawa penetapan tempoh masa dalam perbuatan memotong kuku adalah bergantung kepada situasi seseorang. Sebagai contoh, apabila dilihat sudah panjang dalam masa 1 minggu, maka hendaklah dipotong.

Sama2lah kita belajar.. :)