Tuesday, 5 March 2013

Muka Lisa Takde Parut..RAHSIANYA?

Ada tak pembaca yang tak kena Lisa Surihani?? hehe. Confirm takde yg tak kenal artis yang cumel ni kan??
haa, ni gambar dia..

Cuba korang tengok muka dia, ada parut tak?? takda kan?

Jangan salah anggap yer, sebenarnya admin just nak share petua untuk hilangkan parut. Takde kena mengena dengan Pn. Lisa ni pun.. Admin sendiri pun ada parut yang masih tak hilang2, akibat kemalangan satu ketika dulu..

Ok, saya percaya ramai antara kita pun ada parut.. cuma nampak atau tak jer kan. So, kat sini ada beberapa petua yang boleh membantu kita untuk hilangkan parut, tanpa mengeluarkan duit yg banyak.. :)


Petua 1: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baharu.

Petua 2: Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika anda rajin amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 3: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 4: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua 5: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Petua 6: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 7: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 8: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Petua 9: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda.

Petua 10: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

Petua 11: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Petua 12: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

Petua 13: Tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 14: Kukus ubi kentang yang dibuang kulitnya dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

hmm, banyak kan? So, pilihlah yang mana agaknya sesuai. Kalau cara yg dipilih tak memberikan hasil, cuba pulak cara yg lain. Insya Allah parut kita akan hilang.. SELAMAT MENCUBA.. :)

Thursday, 28 February 2013

Terapi Ion ni "menipu", tapi ramai rasa kesan positif...

Sekarang ramai yang tengah berbalah pasal TERAPI ION.. ni betul ke tipu..

Jadi, saya nak guna peluang ni untuk buat sedikit RUMUSAN..

Sebelum tu, meh kita tengok beberapa kajian yg dilakukan oleh "doktor" di negara kita.

Yang pertama boleh tengok video ni. Klik saja.


Dah Tengok?? yang menariknya komen2 yang baik dalam video ni semua dah di delete oleh uploader.. kih..kih..kih..

Apa kata anda baca pulak blog2 kat bawah ni..

Klik saja gambar, anda boleh baca blog tu..

lagi...


dah baca??

anda perasan tak, samada 'doktor'2 ni betul2 buat kajian ker?? anda yang perlu bagi jawapan..
lepas tu, ada pulak yang komen dalam blog2 tu. Orang yang komen pulak, adakah mereka benar2 tahu pasal terapi ion ni?? atau sekadar ikut2 je apa hujah yang ditulis pasal terapi ni menipu??

anda yang menentukannya.. :)

meh kita tengok beberapa komen orang yang pernah rasai apa itu TERAPI ION..




Lagi testimoni..


Ok. JOM kita tengok hasil kajian dari AUSTIN, TEXAN.. yang ni pun doktor buat kajian.. :)

nama doktor ni.. Dr. Roger Borbon.



dah tengok?? kajian mana ya yang agaknya boleh diterima akal? anda yang tentukan.. :)

jika anda tak percaya, itu tak menjadi masalah.. :)



Ketiak dia berbau..hehe

salam. hmm, tengok tajuk lain macam aja?? hehe. biasa lah. ketiak orang semua berbau kan. ketiak patung jer yang tak berbau. Malu tak kalau ketiak anda berbau??? hehe.. ADUSSS,.. MALUNYA..
Yang menjadi masalahnya, bau tu hingga mengganggu orang lain. terutamunya waktu nak bas atau komuter. Tambah pulak waktu pulang dari kerja..huhhhhhh.. takyah cakap lah. Dah la ketiak berbau, berdiri pulak dalam komuter yang macam tin sardin..hehehe.. sendiri paham aja lah ye.. 

kali ni saya nak share beberapa petua untuk kurangkan masalah KETIAK BERBAU.

Antaranya macam ni..:

  • Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
  • Ambil beberapa pucuk daun jambu batu dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian gosokkan pada ketiak anda sebelum mandi dan biarkan beberapa minit dan bersihkan dengan air bersih.
  • Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
  • Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dan tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
  • Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
  • Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
  • Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
  • Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
  • Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
  • Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak.

Ok. pilihlah mana-mana petua pun yang anda rasa sesuai dengan anda.. :)



Thursday, 21 February 2013

Mesin Terapi Ion Untuk Kegunaan Peribadi

Kebenaran Fungsi Terapi Ion Elektrik Rendaman Kaki - BHGN 1

  • Encik Raja pesakit yg mengidap pnyakit kencing manis dimana sebelah kaki dah kena potong,setelah dimaklumkan encik Raja juga mengalami masalah buah pinggang dan beliau memohon penangguhan untuk mencari perubatan lain selain dr mencuci buah pinggang selama 3 hari seminggu.jadi beliau telah disyorkan oleh nurse supaya menjalani rawatan terapi secara intensif dipusat terapi ion alfalah selama 2 minggu,alhmdullh hasilnya apabila beliau pergi buat pemeriksaan selanjutnya ,buah pinggang beliau dah ok dan tidak payah mencuci buah pinggang....ini semua dgnizin Allah kita hya berusaha mencari penawarnya...

Kebenaran Fungsi Terapi Ion Elektrik Rendaman Kaki - BHGN 2

















Wednesday, 20 February 2013

Rahsia Tahi Lalat...


Semua orang pasti mempunyai tahi lalat pada anggota badan. Ada kajian mengatakan setiap tahi lalat yang tumbuh di anggota badan anda mempunyai maksud tersendiri kepada personaliti anda. Di bawah ini ada rahsia disebalik tahi lalat pada tubuh badan. Sekadar pengetahuan sahaja, jangan percaya sehingga mempengaruhi hidup anda ke arah negatif... 

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita

Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong

Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki

Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan

Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk

Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur

Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun

Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap

Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya

Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia

Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat

Rahsia Tahi Lalat Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki

Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur

Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama

Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua

Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan

Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi

Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik

Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia

Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan

Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin

Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman

Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka

Kelopak mata kanan bawah - Agak malas

Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

Sunday, 17 February 2013

16 Fakta Menarik Mengenai Bayi


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.


2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

sumber

Saturday, 16 February 2013

Petua Kuku Cantik & Rahsianya...

Kuku.. kuku yang bersih melambangkan cara hidup seseorang itu, samada pembersih atau sebaliknya..
Tapi, kalau kuku berkilat, nampaknya lagi menarik. terutamanya bagi kaum hawa..

Korang pun nak kan kuku macam ni?? :) maksud saya nampak berkilat & bersih. Senang saja petuanya..

Korang kena sediakan 3 biji limau nipis & beberapa belimbing buluh.


Ok, mula2 perah 3 biji limau nipis ke dalam bekas yg sesuai. campurkan dengan air biasa & rendamkan kuku selama 15 minit.

lepas rendam, kuku anda akan nampak lebih bersih. untuk lemngkapkan prosesnya, potong belimbing buluh & gosokkan pada kuku anda. Anda akan lihat kesannya.. :)

Tapi..

Nak kuku yang CANTIK, tak semestinya kena PANJANG kan???

Sebab ada beberapa pendapat yang tidak menggalakkan kita simpan kuku yang panjang.. meh kita tengok sikit renunganya..

Imam al-Baihaqi dan Imam al-Tabarani meriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Azdi, beliau menyatakan terdapat seorang lelaki bertemu dengan Rasulullah s.a.w. untuk bertanya tentang berita dari langit. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Ada seorang daripada kalian bertanyakan tentang berita dari langit sedangkan kukunya panjang seperti kuku burung dan berkumpul padanya kotoran hadas junub dan kotoran lain."

Dalil lain tentang hukum memanjangkan kuku turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan beberapa orang ulama hadis yang lain menyatakan Anas r.a. meriwayatkan bahawa:

"Rasulullah s.a.w. telah menetapkan tempoh masa kepada kami dalam perkara memendekkan misai, MEMOTONG KUKU, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu ari-ari. Rasulullah s.a.w. mengarahkan kami agar tidak membiarkannya melebihi 40 malam."

Namun, menurut Imam al-Nawawi rhm. bahawa penetapan tempoh masa dalam perbuatan memotong kuku adalah bergantung kepada situasi seseorang. Sebagai contoh, apabila dilihat sudah panjang dalam masa 1 minggu, maka hendaklah dipotong.

Sama2lah kita belajar.. :)