Terapi Ion Elektrik


Terapi Ion - merupakan satu kaedah yang terbaik untuk menyingkirkan toksin-toksin dari dalam badan kita.

Klik Untuk Info Alat Terapi

Ramainya di antara kita tidak tahu tentang teknologi yang telah lama digunakan di oleh orang dulu-dulu di China, yaitu membuang toksin dari dalam badan dengan menggunakan rendaman kaki dalam air garam.

Sejak kebelakangan ini, saintis dari German telah menemui kaedah yang lebih pantas untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan. Hasil kajian beliau berteraskan terknologi rendaman kaki dalam air garam. Jadi, selepas menjalankan beberapa ujikaji, maka terciptalah satu sistem yang lebih baik untuk menyingkirkan toksin dalam badan.

Ianya dipanggil Terapi Ion, yaitu gabungan antara proses pemindahan ion & penyingkiran toksin menggunakan air & garam. sebagai contoh, lihat gambar dibawah...



Dalam gambar ni, menunjukkan proses terapi ion di peringkat permulaan, dimana kaki dimasukkan ke dalam air, yang telah dicampurkan dengan 2 sudu besar garam. Kemudian, ianya disambungkan pada mesin terapi khas yang berfungsi memastikan ion-ion terhasil. Ini bertujuan untuk mempercepatkan kaedah proses penyingkiran toksin, tanpa memberi sedikitpun kesan sampingan pada kesihatan tubuh badan.

Setelah hampir 30 minit mendapat rawatan terapi ion ini, air yang pada mulanya jernih, akan menjadi keroh hinggakan anda sendiri pun akan rasa geli (jijik) untuk menyentuhnya.. itulah yang saya hadapi selepas menjalankan rawatan ini..=) boleh lihat kesannya dibawah ini....


hmm.. macam tak percaya?? owh, itu memang kata-kata saya dulu..hehe
tapi, apa yang membuatkan saya terkejut, badan saya rasa sangat bertenaga selepas buat terapi ini. Mungkin juga fungsi perjalanan darah dalam tubuh menjadi lebih baik, membuatkan tubuh lebih bertenaga..


INFO TENTANG TOKSIN

Bagaimana toksin terjadi ?                           
  
Toksin dalam tubuh badan kita terjadi berpunca pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia  seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian . Begitu juga pencemaran udara yang disedut setiap masa, yang berpunca dari bahan-bahan kimia dari sisa kilang atau industri.  Kesihatan manusia  menjadi teruk apabila menggambil makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Inilah antara sebabnya  terjadi pelbagai penyakit seperti  barah, migrain dan sebagainya..

TAHUKAH ANDA??


Kini tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan . Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksin tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami  sakit gout, kulit menjadi kusam  dan sebagainya  lagi.


Toksin terdapat pada seluruh organ manusia,dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia,MEROKOK dan sebagainya.  Antara penyingkiran toksin secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .Selain itu toksin juga akan dikeluarkan  melalui peluh   hasil dari aktiviti bersukan.Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.




Mengapa Anda Perlu Membuang Toksin?


Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksin dan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksin ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banmyak lagi kesan-kesan buruk.  Dengan mengurangkan jumlah toksin didalam tubuh badan aakan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.


Sistem limpa memainkan peranan penting didalam sistem immune untuk menyingkirkan toksin. Apabila sistem limpa terhalang  cairan limpa akan terhasil dan menyebabkan sistem limpa bertoksin. Konsep disebalik teknologi orang Asia ini adalah untuk mengekstrak cairan limpa didalam tubuh badan dengan membuang halangan tadi. Ia juga bertujuan untuk menyingkirkan sisa metabolik dan toksin, menghantar nutien kedalam sel-sel dan meningkatkan kadar metabolisme .