Ya, memang saya amat setuju jika anda kata terapi ion ini tipu. Memang ianya tipu sekiranya terapi ion ini boleh mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda.
Selepas heboh mengatakan terapi ion rendaman kaki ini satu penipuan, saya terima satu panggilan dari seorang pensyarah biologi sebuah institusi. Beliau memberi pendapat yang sangat berlainan. Dengan ilmu yang beliau ada, beliau sudi memberi ulasan berkenaan kes ini.
Pada pandagan beliau, jika dinilai dari aspek tindak balas kimia, memang logik sekiranya elektrolisis menghasilkan keladak seperti hasil terapi ion, dimana air akan bertukar warna keperangan, walaupun tanpa masukkan kaki ke dalam air. Ianya adalah tindak balas antara mineral dalam air, mineral garam & ion. Huraian ini adalah dari aspek kimia.
Bagaimana pulak dengan tindakbalas dari segi biologi?
Kata beliau, memang benar ada kesan dalam tubuh badan apabila ion elektrik melalui liang saluran darah, saluran darah akan bergetar & secara tidak langsung perjalanan darah akan semakin baik. Tambahan pula semua urat saraf manusia akan melalui kaki. Disebabkan itu, selepas sahaja kita menjalani rawatan terapi yang melibatkan arus elektrik, badan akan rasa 'ringan', ini adalah disebabkan perjalanan darah yang semakin baik. Sekiranya tubuh badan anda kekurangan darah, anda akan rasa pening atau rasa seakan-akan hendak pitam sewaktu menjalani rawatan terapi ion. Ini disebabkan darah anda berjalan lancar ke seluruh anggota badan, dalam keadaan kandungan darah yang tidak cukup.
Jadi, tidak hairanlah apabila selepas menjalankan rawatan terapi beberapa kali, mereka yang menderita akibat sakit urat, angin, sakit otot, masalah sukar tidur, dan ghout, akan rasa semakin pulih. Ini adalah kesan tindakbalas ion terhadap tubuh badan, dari segi biologi. Beliau sendiri mengalami sakit ghout yang kritikal telah pulih selepas menjalani rawatan terapi ion.
Jadi, sebagai kesimpulan, keladak dalam air bukanlah 100% toksin dari tubuh badan anda. Ianya adalah tindak balas Ion terhadap mineral dalam air, garam & tubuh badan anda. Disebabkan itu, hasil dari warna air selepas rawatan terapi, bakal menunjukkan jenis penyakit yang anda sedang hidapi.
Rawatan Terapi Ion