Saturday 18 June 2016

HARGA ALAT TERAPI ION ELEKTRIK @ TERAPI DETOX

Rawatan terapi ion sememangnya adalah satu kaedah rawtaan yang terbaik untuk sakit-sakit berikut:


  • melancarkan perjalanan darah
  • memecahkan lemak dan mengurangkan berat badan
  • mengurangkan sakit sendi, otot dan migrain
  • memulihkan ghout, diabetis dan menurunkan paras kolesterol
  • mengatasi masalah susah tidur
  • menguatkan tenaga batin
  • menghilangkan bau kaki, bau badan dan gatal-gatal
  • mengurangkan perut kembung, gastrik, strok dan perut buncit
  • mengatasi masalah yang bergantung kepada ubat & ketagihan merokok


  • BAGAIMANA NAK MEMILIKI MESIN TERAPI ION DETOX INI?

    Kami adalah sebuah syarikat pembekal mesin terapi ion di Malaysia. beroprasi sejak tahun 2012, di mana pada mulanya dahulu,  kami mendapat bekalan mesin terapi ion detox ini dari Indonesia.

    Setelah membuat kajian, pihak kami berjaya mencipta mesin terapi ion detox, dimana kualitinya 10 kali ganda lebih baik.

    Mesin terapi ion dari Indonesia memang semua beroprasi menggunakan teknologi yang sama, di mana MESIN AKAN MEJADI PANAS bila digunakan secara berterusan. Dalam 10 mesin yang kami supply, pastinya akan ada 1 mesin yang "MELETUP", akibat terlalu panas. 
    Setiap kali pelanggan terima mesin terapi detox indonesia ini, kami terpaksa pesan pada pelanggan supaya GUNAKAN KIPAS ANGIN setiap kali mesin beroprasi, untuk sejukkan mesin.

    TETAPI sangat berbeza dengan mesin detox yang TERBARU ini. Ianya LEBIH TAHAN LASAK, dan TIDAK PANAS bila digunakan. biarpun digunakan secara berterusan.


    INI GAMBARNYA:




    1. MESIN TERAPI ION ELEKTRIK -6 ELEMEN ION-RENDAMAN KAKI = RM 3,500
    (KINI PROMOSI RM 2,700 - SELAGI STOK MASIH ADA!!!)
    * 1 UNIT MESIN TERAPI ION ELEKTRIK
    * 1 SET KABEL PENYAMBUNG (6 ELEMEN ION)
    * 6 ELEMEN TERAPI ION
    * 6 BEKAS PLASTIK UNTUK RENDAMAN KAKI
    * 1 X BANNER
    TAMBAHAN ( Diberi secara PERCUMA)
    * 1 X DESIGN FLIERS (Softcopy Sahaja, Lengkap Dengan No.Tel & Alamat Anda) 
    * 1 X SET RESEARCH DARI GERMAN (HARGA ASAL RM 1,250) - research ini sebagai bukti teknologi ini amat berkesan & telah diuji secara makmal.


    2. MESIN TERAPI ION ELEKTRIK -10 ELEMEN ION- RENDAMAN KAKI = RM 4,500 
    (KINI PROMOSI RM 3,500 - SELAGI STOK MASIH ADA!!!)
    * 1 UNIT MESIN TERAPI ION ELEKTRIK
    * 2 SET KABEL PENYAMBUNG (10 ELEMEN ION)
    * 10 ELEMEN TERAPI ION
    * 10 BEKAS PLASTIK UNTUK RENDAMAN KAKI
    * 1 X BANNER
    TAMBAHAN ( Diberi secara PERCUMA)
    * 1 X DESIGN FLIERS (Softcopy Sahaja, Lengkap Dengan No.Tel & Alamat Anda) 
    * 1 X SET RESEARCH DARI GERMAN (HARGA ASAL RM 1,250) - research ini sebagai bukti teknologi ini amat berkesan & telah diuji secara makmal.

    PUNCA DAN CARA RAWATAN MODEN ATAU TRADISIONAL

    Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

    Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.


    Peringkat Gout

    Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
    1. asimptomatik
    2. akut
    3. interkritikal
    4. kronik.

    Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

    Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.


    Punca gout antaranya ialah:

    1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
    2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
    3. Gemar makan buah-buahan jeruk
    4. Gemar makan mee segera
    5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
    6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
    7. Gemar dan kerap minum teh kedai
    8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
    9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dgn kuantiti yg banyak.
    10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
    11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
    12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
    13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
    14. Terlalu kerap makan makan kari
    15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
    16. Stress yg tak terkawal.
    17. Kerap mengambil ubat pain killer
    18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
    19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.


    Ubat Gout secara tradisional

    1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

    2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

    3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

    4) Betik muda dan green tea. Apa yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas.Isi di dalam betik itu di keluarkan.Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang.
    Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup.Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang.Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya.Green tea boleh di dapati di kedai herba.

    5) mengambil sekitar 20biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang fresh anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.

    Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun perlu diambila pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.

    6) mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).

    Selain dari petua hilangkan sakit gout di atas, pesakit gout boleh juga mendapatkan rawatan gout tradisional atau cara rawat gout yang telah tersedia dipasaran dalam bentuk produk gout untuk mempercepatkan lagi proses rawat gout.


    Ini adalah testimoni rawatan gout menggunakan kaedah Terapi Ion Detox - atau juga dikenali sebagai Terapi Ion Rendaman Kaki




    Kaedah ini amat disarankan kerana rawatan ini amat berkesan dan tidak melibatkan kesan sampingan.

    Rawatan ini adalah jenis terapi, pesakit tidak perlu makan ubat atau herba untuk menjalani rawatan.