Thursday 31 October 2013

Punca Strok?? - penyebab kematian ketiga terbesar di Malaysia

Punca Strok di Malaysia.

Emosi. Imbangan. Koordinasi. Penglihatan. Pendengaran. Deria rasa. Pergerakan Terkawal.

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.



Apakah strok?

Fungsi-fungsi otak.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Apa yang menyebabkan penyakit stroke?(Punca Stroke)

Sebab yang biasa berlaku pada pesakit yang mengalami strok adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak. Sekiranya sumbatan berlaku di saluran yang sempit,‘ischaemic stroke’ akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tidak dikawal yang menyebabkan dinding arteri tidak dapat menampung tekanan tersebut dan menyebabkan kebocoran salur darah.
Keadaan penyakit-penyakit ini menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok.

Termasuklah

1.Tekanan Darah Tinggi
2.Tinggi kolesterol
3.Penyakit Kencing Manis
4.Kegemukan
Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan di atas, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok.

Cara hidup yang tidak sihat
Faktor lain seperti merokok, kurang bersenam dan alkohol menyumbang kepada risiko penyakit strok. Maka ubah cara hidup anda.

Pemakanan yang tidak sihat
Ketahuilah bahawa pemakanan sangat penting dalam menjamin kesihatan anda. Pemakanan yang berminyak, banyak lemak semuanya tidak sihat untuk badan anda. Makanan yang mempunyai banyak garam juga sepatutnya di elakkan. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti oat, makanan yang kaya bijirin, buah-buahan dan sayur -sayuran. Anda mungkin memandang remeh tentang perkara ini tetapi sekiranya ia berlaku, anda mungkin menyesal dikemudian hari.

Jaga cara hidup sihat anda!

Anda sudah pun tahu mengenai faktor risiko mengenai strok. Maka jagalah cara hidup anda. Cuba untuk berhenti merokok dan sentiasa bersenam. Kalau malas berlari pun anda boleh berjalan. Kurangkan pengambilan alkohol dan garam. Makan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan.

sumber: Sihatkaya.com

Friday 11 October 2013

Makanan untuk Rambut Sihat


Ini bukan iklan shampoo, tapi perkongsian tips-tips bermanfaat untuk memperolehi rambut yang sihat.

Selain dapat memperbaiki penampilan, rambut yang sihat menjadi dambaan setiap wanita tak terkecuali lelaki. Berikut adalah beberapa tip makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan rambut anda :

1. Telur
Selain men jadi jenis makanan yang paling popular, telur men jadi sahabat rambut anda. Ini kerana telur kaya dengan protein dan vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut anda untuk kekal sihat dan bermaya.

2. Gandum
Bukan sekadar makanan terbaik ketika bersarapan, gandum juga menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik untuk kekuatan rambut.

3. Beras Merah
Beras merah membuat anda kenyang lebih lama. Tetapi tahukah anda sebenarnya beras merah juga boleh menjadi sebagai alternatif untuk membuat rambut lebih berkilau dan bersinar cerah.

4. Ikan Salmon
Ikan yang menjadi primadona ini juga menjadi sajian makanan yang dapat membuat rambut semakin sihat. Kandungan omega 3 yang melimpah, ditambah lagi dengan kandungan protein dan vitamin B12 menjadikan kulit kepala kekal sihat.

5. Sayuran Hijau
Anda boleh mencuba meng ambil jenis sayuran hijau kerana terdapat zat besi dan serat yang amat diperlukan untuk pertumbuhan rambut.

6. Vitamin C
Bukan hanya dikenali sebagai sahabat sejati kulit yang cantik, vitamin C juga berpengaruh besar terhadap kesihatan rambut. Vitamin C boleh didapati di dalam buah oren, nanas, strawberi, lemon, paprika, kubis brussel dan jambu batu. Selain sebagai penyumbang vitamin C, ia juga membantu menjaga folikel rambut, pembuluh darah dan kulit kepala agar kekal sihat.

Susu Pelihara Kesihatan Otak
Susu terkenal sebagai minuman yang menyihatkan serta baik untuk pertumbuhan tulang dan badan. Satu penyelidikan yang dilakukan di Universiti Maine, Amerika Syarikat, mendapati bahawa orang dewasa yang minum susu setiap hari dapat memelihara kesihatan otak.

Penyelidikan ini dilakukan melalui ujian terhadap 900 responden yang berumur di antara 28 hingga 98 tahun. Antara uji kaji penyelidikan tersebut adalah seperti ujian visual dan ujian verbal. Hasilnya mendapati bahawa mereka yang mengambil susu secara rutin, menunjukkan peningkatan gerak kerja otak dan mental.

Selain meningkatkan gerak kerja otak, hasil kajian itu juga menyebutkan tentang beberapa manfaat lain hasil daripada amalan minum susu bagi orang dewasa iaitu :
• Orang yang amalkan minum susu secara rutin keseluruhannya cenderung memiliki pola makan yang sihat.
• Nutrisi di dalam susu didapati juga mencegah penurunan kadar mental seseorang.
• Melambatkan atau mencegah disfungsi neuropsikologi.
• Menjaga kesihatan tulang kerana memiliki kandungan vitamin D yang melimpah selain menguatkan tulang hasil bantuan kalsium yang terdapat di dalamnya.

Jadi, untuk mendapatkan manfaat yang melimpah dari minuman ini, pilihlah susu dengan kadar lemak yang rendah dan amalkan sebanyak dua kali sehari.

Sumber: Pa&Ma

Tuesday 1 October 2013

Tips Mengekalkan Kecantikan Kulit Muka

gambar hiasan saja.. :)

Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan.

  1. Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  2. Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  3. Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  4. Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  5. Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  6. Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  7. Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit berehat seketika.
  8. Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  9. Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  10. Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  11. Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  12. Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.


Diharapkan tip ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.