Thursday, 28 February 2013

Terapi Ion ni "menipu", tapi ramai rasa kesan positif...

Sekarang ramai yang tengah berbalah pasal TERAPI ION.. ni betul ke tipu..

Jadi, saya nak guna peluang ni untuk buat sedikit RUMUSAN..

Sebelum tu, meh kita tengok beberapa kajian yg dilakukan oleh "doktor" di negara kita.

Yang pertama boleh tengok video ni. Klik saja.


Dah Tengok?? yang menariknya komen2 yang baik dalam video ni semua dah di delete oleh uploader.. kih..kih..kih..

Apa kata anda baca pulak blog2 kat bawah ni..

Klik saja gambar, anda boleh baca blog tu..

lagi...


dah baca??

anda perasan tak, samada 'doktor'2 ni betul2 buat kajian ker?? anda yang perlu bagi jawapan..
lepas tu, ada pulak yang komen dalam blog2 tu. Orang yang komen pulak, adakah mereka benar2 tahu pasal terapi ion ni?? atau sekadar ikut2 je apa hujah yang ditulis pasal terapi ni menipu??

anda yang menentukannya.. :)

meh kita tengok beberapa komen orang yang pernah rasai apa itu TERAPI ION..




Lagi testimoni..


Ok. JOM kita tengok hasil kajian dari AUSTIN, TEXAN.. yang ni pun doktor buat kajian.. :)

nama doktor ni.. Dr. Roger Borbon.



dah tengok?? kajian mana ya yang agaknya boleh diterima akal? anda yang tentukan.. :)

jika anda tak percaya, itu tak menjadi masalah.. :)



Ketiak dia berbau..hehe

salam. hmm, tengok tajuk lain macam aja?? hehe. biasa lah. ketiak orang semua berbau kan. ketiak patung jer yang tak berbau. Malu tak kalau ketiak anda berbau??? hehe.. ADUSSS,.. MALUNYA..
Yang menjadi masalahnya, bau tu hingga mengganggu orang lain. terutamunya waktu nak bas atau komuter. Tambah pulak waktu pulang dari kerja..huhhhhhh.. takyah cakap lah. Dah la ketiak berbau, berdiri pulak dalam komuter yang macam tin sardin..hehehe.. sendiri paham aja lah ye.. 

kali ni saya nak share beberapa petua untuk kurangkan masalah KETIAK BERBAU.

Antaranya macam ni..:

  • Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
  • Ambil beberapa pucuk daun jambu batu dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian gosokkan pada ketiak anda sebelum mandi dan biarkan beberapa minit dan bersihkan dengan air bersih.
  • Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
  • Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dan tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
  • Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
  • Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
  • Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
  • Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
  • Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
  • Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak.

Ok. pilihlah mana-mana petua pun yang anda rasa sesuai dengan anda.. :)



Thursday, 21 February 2013

Mesin Terapi Ion Untuk Kegunaan Peribadi

Kebenaran Fungsi Terapi Ion Elektrik Rendaman Kaki - BHGN 1

  • Encik Raja pesakit yg mengidap pnyakit kencing manis dimana sebelah kaki dah kena potong,setelah dimaklumkan encik Raja juga mengalami masalah buah pinggang dan beliau memohon penangguhan untuk mencari perubatan lain selain dr mencuci buah pinggang selama 3 hari seminggu.jadi beliau telah disyorkan oleh nurse supaya menjalani rawatan terapi secara intensif dipusat terapi ion alfalah selama 2 minggu,alhmdullh hasilnya apabila beliau pergi buat pemeriksaan selanjutnya ,buah pinggang beliau dah ok dan tidak payah mencuci buah pinggang....ini semua dgnizin Allah kita hya berusaha mencari penawarnya...

Kebenaran Fungsi Terapi Ion Elektrik Rendaman Kaki - BHGN 2

















Wednesday, 20 February 2013

82 Rahsia Tahi Lalat


Semua orang pasti mempunyai tahi lalat pada anggota badan. Ada kajian mengatakan setiap tahi lalat yang tumbuh di anggota badan anda mempunyai maksud tersendiri kepada personaliti anda. Di bawah ini ada rahsia disebalik tahi lalat pada tubuh badan. 

Sekadar pengetahuan sahaja, jangan percaya sehingga mempengaruhi hidup anda ke arah negatif... 


  1. Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
  2. Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
  3. Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
  4. Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
  5. Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
  6. Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
  7. Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita
  8. Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
  9. Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
  10. Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
  11. Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
  12. Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
  13. Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka dudu
  14. Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros
  15. Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
  16. Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
  17. Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
  18. Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
  19. Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
  20. Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
  21. Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap
  22. Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
  23. Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
  24. Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
  25. Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya
  26. Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
  27. Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
  28. Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
  29. Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
  30. Rahsia Tahi Lalat Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  31. Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki
  32. Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati
  33. Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
  34. Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
  35. Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
  36. Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
  37. Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi
  38. Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
  39. Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka
  40. Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
  41. Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
  42. Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
  43. Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong
  44. Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
  45. Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
  46. Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  47. Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
  48. Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
  49. Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
  50. Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
  51. Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman
  52. Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka
  53. Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman
  54. Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur
  55. Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
  56. Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
  57. Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
  58. Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
  59. Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
  60. Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
  61. Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
  62. Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
  63. Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
  64. Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
  65. Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
  66. Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
  67. Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
  68. Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
  69. Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
  70. Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
  71. Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
  72. Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
  73. Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
  74. Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
  75. Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
  76. Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
  77. Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
  78. Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
  79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
  80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
  81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
  82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

Sunday, 17 February 2013

16 Fakta Menarik Mengenai Bayi


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.


2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

sumber

Saturday, 16 February 2013

Petua Kuku Cantik & Rahsianya...

Kuku.. kuku yang bersih melambangkan cara hidup seseorang itu, samada pembersih atau sebaliknya..
Tapi, kalau kuku berkilat, nampaknya lagi menarik. terutamanya bagi kaum hawa..

Korang pun nak kan kuku macam ni?? :) maksud saya nampak berkilat & bersih. Senang saja petuanya..

Korang kena sediakan 3 biji limau nipis & beberapa belimbing buluh.


Ok, mula2 perah 3 biji limau nipis ke dalam bekas yg sesuai. campurkan dengan air biasa & rendamkan kuku selama 15 minit.

lepas rendam, kuku anda akan nampak lebih bersih. untuk lemngkapkan prosesnya, potong belimbing buluh & gosokkan pada kuku anda. Anda akan lihat kesannya.. :)

Tapi..

Nak kuku yang CANTIK, tak semestinya kena PANJANG kan???

Sebab ada beberapa pendapat yang tidak menggalakkan kita simpan kuku yang panjang.. meh kita tengok sikit renunganya..

Imam al-Baihaqi dan Imam al-Tabarani meriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Azdi, beliau menyatakan terdapat seorang lelaki bertemu dengan Rasulullah s.a.w. untuk bertanya tentang berita dari langit. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Ada seorang daripada kalian bertanyakan tentang berita dari langit sedangkan kukunya panjang seperti kuku burung dan berkumpul padanya kotoran hadas junub dan kotoran lain."

Dalil lain tentang hukum memanjangkan kuku turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan beberapa orang ulama hadis yang lain menyatakan Anas r.a. meriwayatkan bahawa:

"Rasulullah s.a.w. telah menetapkan tempoh masa kepada kami dalam perkara memendekkan misai, MEMOTONG KUKU, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu ari-ari. Rasulullah s.a.w. mengarahkan kami agar tidak membiarkannya melebihi 40 malam."

Namun, menurut Imam al-Nawawi rhm. bahawa penetapan tempoh masa dalam perbuatan memotong kuku adalah bergantung kepada situasi seseorang. Sebagai contoh, apabila dilihat sudah panjang dalam masa 1 minggu, maka hendaklah dipotong.

Sama2lah kita belajar.. :)


Friday, 15 February 2013

Kisah SATAY & TIMUN..



5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.. 

Petua gigi cantik macam ni..

Hari-hari kita senyum.. tapi YAKINKAH kita untuk senyum.. ce try tengok gambar kat bawah ni,yakin kan dia senyum?? hehe
Korang mesti nak kan senyuman yang yakin macam ni.. kuncinya, kita tak yakin dgn senyuman kita sebab gigi kita yang tak brapa putih.. :) hehe. jangan marah ya..

Kat sini saya nak share PETUA untuk jadikan gigi kelihatan putih.. tanpa modal yang besar, tanpa equipment yang canggih.. tak perlu meluangkan masa berjam2 dalam sehari untuk putihkan gigi andaa.. 

Ada beberapa cara sebenarnya.

Petua yang pertama adalah:

Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.
Amalakan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.

Petua yang kedua pula adalah:

Yang ni mungkin korang pernah dengar.. yaitu gunakan arang. Sedar tak sedat, orang tua-tua dulu banyak yang menggunakan kaedah ni. Tapi ada caranya. Tak boleh main hentam jer gosokkan gigi dengan arang. Kang gugur habis suma gigi.. hehe

Caranya mudah saja, anda hanya perlu ambil ketulan arang, kemudian tumbuk (hancurkan) hingga menjadi serbuk. kemudian, serbuk tersebut boleh disimpan untuk beberapa kali gunaan. Setiap kali nak guna, just ambil sedikit & gosokkan pada gigi.. :) anda akan lihat perbezaannya..


Seronokkan kalau gigi anda lebih putih.. hehe. Anda akan lebih yakin untuk senyum...





Wednesday, 13 February 2013

Dah dapat rebat RM 200 Untuk smart phone??

Haa.. masih ramai yang tertanya2, macam mana nak dapat REBAT RM200 untuk beli smartphone.. kan?
Ni la masanya tuk kita upgrade handphone kita.. sekurang2nya boleh lah pakai handphone yang ada sistem ANDROID..

bagi yang tak tahu apa tuh android, kena la study sikit.. :)

Sebelum kita apply REBAT tersebut, eloklah kita tahu syarat2 kelayakannya dulu..

Syarat-syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200)
  • Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
  • Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
  • Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
  • Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
  • Satu telefon hanya untuk satu belia.
Mudah ja kan?? hehe..

TIPS...:
Kalau korang taknak guna pakej data plan (internet) secara postpaid (guna bil), korang boleh guna pakej U-MOBILE.. tapi, dengar cerita, untuk tebus REBAT ni & menggunakan U-MOBILE, kat SENG HENG ja yang ada.. 

untuk buat permohonan, Klik je disini!!!

Selamat mencuba.. :)

Monday, 11 February 2013

Nikmat Merokok...


Nikmatkan merokok?

Tapi kesannya..hmm.. nak berhenti?
Gambar Hiasan


Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “rilek dulu” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu

Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa

Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

*kuncinya, jika anda benar2 ingin berhenti merokok, PASTI anda mampu berhenti. Jika masih tidak mampu, itu maknanya anda masih belum benar2 ingin BERHENTI. :)

**sumber maklumat: http://101petua.blogspot.com/

kenapa aku malas solat???


"Aku bukan orang jahat. Aku tak ada merompak atau bunuh orang. Aku tak ada sebar fitnah buruk tentang orang lain. Aku tak ada minum arak. Aku macam muslim biasa. Berpakaian mengikut kebanyakan orang."
"Tetapi kenapa tiba waktu solat, aku malas sangat nak dirikan solat? Malas sangat. Kadang-kadang tu ada la juga satu waktu dalam sehari, bila saat iman naik sikit kan... Sikit je la. Itu pun acuh tak acuh, macam tak solat pun ye juga rasanya. Sebab tak rasa apa-apa. Lepas tu iman turun balik. Ada terus tak buat juga solat tu. Aku rasa berdosa tapi aku tak mampu berubah. Kenapa dengan aku ni sebenarnya?"