Wednesday, 13 February 2013

Dah dapat rebat RM 200 Untuk smart phone??

Haa.. masih ramai yang tertanya2, macam mana nak dapat REBAT RM200 untuk beli smartphone.. kan?
Ni la masanya tuk kita upgrade handphone kita.. sekurang2nya boleh lah pakai handphone yang ada sistem ANDROID..

bagi yang tak tahu apa tuh android, kena la study sikit.. :)

Sebelum kita apply REBAT tersebut, eloklah kita tahu syarat2 kelayakannya dulu..

Syarat-syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200)
  • Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
  • Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
  • Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
  • Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
  • Satu telefon hanya untuk satu belia.
Mudah ja kan?? hehe..

TIPS...:
Kalau korang taknak guna pakej data plan (internet) secara postpaid (guna bil), korang boleh guna pakej U-MOBILE.. tapi, dengar cerita, untuk tebus REBAT ni & menggunakan U-MOBILE, kat SENG HENG ja yang ada.. 

untuk buat permohonan, Klik je disini!!!

Selamat mencuba.. :)

Monday, 11 February 2013

Nikmat Merokok...


Nikmatkan merokok?

Tapi kesannya..hmm.. nak berhenti?
Gambar Hiasan


Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “rilek dulu” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu

Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa

Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

*kuncinya, jika anda benar2 ingin berhenti merokok, PASTI anda mampu berhenti. Jika masih tidak mampu, itu maknanya anda masih belum benar2 ingin BERHENTI. :)

**sumber maklumat: http://101petua.blogspot.com/

kenapa aku malas solat???


"Aku bukan orang jahat. Aku tak ada merompak atau bunuh orang. Aku tak ada sebar fitnah buruk tentang orang lain. Aku tak ada minum arak. Aku macam muslim biasa. Berpakaian mengikut kebanyakan orang."
"Tetapi kenapa tiba waktu solat, aku malas sangat nak dirikan solat? Malas sangat. Kadang-kadang tu ada la juga satu waktu dalam sehari, bila saat iman naik sikit kan... Sikit je la. Itu pun acuh tak acuh, macam tak solat pun ye juga rasanya. Sebab tak rasa apa-apa. Lepas tu iman turun balik. Ada terus tak buat juga solat tu. Aku rasa berdosa tapi aku tak mampu berubah. Kenapa dengan aku ni sebenarnya?"