Thursday, 10 April 2014

[TIPS KESIHATAN: MAKAN BUAH UNTUK ELAK KANSER]

Sebenarnya apa yang saya nak kongsi ini telah di anjurkan oleh Rasullah SAW 1500 tahun lalu.. Hebatnya anjuran Islam, Sains hanya dapat membuktikanya sekarang ! 

Sumber: Dr. Azimuth ELC 
Tg. Malim, Perak

TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ini dan sebenarnya boleh menyebabkab KANSER!!

Ini adalah satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan
 di sekeliling kita...INSYA ALLAH

Dr. Stephen telah melalakukan pada pesakit kanser dengan cara 'un-ortodoks', banyak pesakit kansernya sembuh! Ya, Ianya sangat berkesan!

Sangat dukacita kepada pesakit-pesakit kanser yang telah meninggal dunia, akibat dari rawatan konvensional. Baginya, pesakit kanser tidak seharusnya mati !

Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan, mereka mengamalkan:

Makan buah segar dengan cara yang betul!

Umumnya makan buah bererti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...Tapi tidak semudah yg kita fikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;
  • JANGAN MAKAN BUAH2AN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
  • BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! 
Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton, Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an, Anda akan memiliki :-
  • Badan yang sihat, Penuh tenaga,
  • Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/ botol Plastik) lebih baik daripada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan2 kerana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!


Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).

Cara Terbaik adalah:

Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan dan Makan buah segar saat perut kosong.


Jelaskan ? Semuanya adalah amalan nabi yang kita cintai ! Hidup sihat tanpa penyakit fizikal dan mental ..

Friday, 4 April 2014

Terapi Ion Kaki Tipu

Tajuk ini sering kali kita terbaca dalam internet. Ada yang terima bulat-bulat, dan ada juga yang berfikir menilai tentang kebenarannya. Jika anda sering membuat "research' dengan membaca dari mana-mana blog, semestinya ramai yang menyatakan Terapi ion rendaman kaki ini tipu. 

Ya, memang saya amat setuju jika anda kata terapi ion ini tipu. Memang ianya tipu sekiranya terapi ion ini boleh mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda. 

Selepas heboh mengatakan terapi ion rendaman kaki ini satu penipuan, saya terima satu panggilan dari seorang pensyarah biologi sebuah institusi. Beliau memberi pendapat yang sangat berlainan. Dengan ilmu yang beliau ada, beliau sudi memberi ulasan berkenaan kes ini. 

Pada pandagan beliau, jika dinilai dari aspek tindak balas kimia, memang logik sekiranya elektrolisis menghasilkan keladak seperti hasil terapi ion, dimana air akan bertukar warna keperangan, walaupun tanpa masukkan kaki ke dalam air. Ianya adalah tindak balas antara mineral dalam air, mineral garam & ion. Huraian ini adalah dari aspek kimia. 



Bagaimana pulak dengan tindakbalas dari segi biologi?

Kata beliau, memang benar ada kesan dalam tubuh badan apabila ion elektrik melalui liang saluran darah, saluran darah akan bergetar & secara tidak langsung perjalanan darah akan semakin baik. Tambahan pula semua urat saraf manusia akan melalui kaki. Disebabkan itu, selepas sahaja kita menjalani rawatan terapi yang melibatkan arus elektrik, badan akan rasa 'ringan', ini adalah disebabkan perjalanan darah yang semakin baik. Sekiranya tubuh badan anda kekurangan darah, anda akan rasa pening atau rasa seakan-akan hendak pitam sewaktu menjalani rawatan terapi ion. Ini disebabkan darah anda berjalan lancar ke seluruh anggota badan, dalam keadaan kandungan darah yang tidak cukup. 

Jadi, tidak hairanlah apabila selepas menjalankan rawatan terapi beberapa kali, mereka yang menderita akibat sakit urat, angin, sakit otot, masalah sukar tidur, dan ghout, akan rasa semakin pulih. Ini adalah kesan tindakbalas ion terhadap tubuh badan, dari segi biologi. Beliau sendiri mengalami sakit ghout yang kritikal telah pulih selepas menjalani rawatan terapi ion.

Jadi, sebagai kesimpulan, keladak dalam air bukanlah 100% toksin dari tubuh badan anda. Ianya adalah tindak balas Ion terhadap mineral dalam air, garam & tubuh badan anda. Disebabkan itu, hasil dari warna air selepas rawatan terapi, bakal menunjukkan jenis penyakit yang anda sedang hidapi.

Rawatan Terapi Ion