Info Toksin
Bagaimana toksin terjadi ?
Toksin dalam tubuh badan kita terjadi berpunca pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian . Begitu juga pencemaran udara yang disedut setiap masa, yang berpunca dari bahan-bahan kimia dari sisa kilang atau industri. Kesihatan manusia menjadi teruk apabila menggambil makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Inilah antara sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti barah, migrain dan sebagainya..
TAHUKAH ANDA??
Kini tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan . Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksin tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami sakit gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi.
Toksin terdapat pada seluruh organ manusia,dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia,MEROKOK dan sebagainya. Antara penyingkiran toksin secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .Selain itu toksin juga akan dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti bersukan.Toksin yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.
Mengapa Anda Perlu Membuang Toksin?
Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksin dan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksin ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banmyak lagi kesan-kesan buruk. Dengan mengurangkan jumlah toksin didalam tubuh badan aakan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.
Sistem limpa memainkan peranan penting didalam sistem immune untuk menyingkirkan toksin. Apabila sistem limpa terhalang cairan limpa akan terhasil dan menyebabkan sistem limpa bertoksin. Konsep disebalik teknologi orang Asia ini adalah untuk mengekstrak cairan limpa didalam tubuh badan dengan membuang halangan tadi. Ia juga bertujuan untuk menyingkirkan sisa metabolik dan toksin, menghantar nutien kedalam sel-sel dan meningkatkan kadar metabolisme .
Subscribe to:
Posts (Atom)
