Wednesday 25 March 2015

PETUA-PETUA UNTUK KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN ISTERI


Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.




1. Bangkit Bersambut

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau
air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur
dan segar,tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa.Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa = apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Saturday 21 March 2015

MEMBERI MANFAAT PADA RAMAI PESAKIT

ALHAMDULILLAH... Syukur pada Allah, dengan adanya kaedah rawatan terapi ion elektrik ini, ramai pesakit berpuas hati apabila derita yang mereka hadapi dapat dikurangkan dengan hanya Rendaman Kaki 30 Minit.

Ramai yang telah mencubanya, antara kesan yang banyak kami terima hasil dari rawatan terapi ion ini adalah:

1 - Sakit lutut hilang - dahulunya sembahyang duduk, sekarang dah boleh sembahyang berdiri.

2 - Sakit pinggang hilang - Sebelum ini kerap sakit pinggang ketika bawa lori

3 - Kaki yang bengkak dah surut

4 - Boleh tidur dengan nyenyak pada waktu malam, sebelum ini kerap terjaga hingga 5 ke 8 kali...

5 - Rasa badan jadi ringan - "kalau nak travel jauh, saya mesti buat rawatan terapi ion dahulu sebelum pergi".

6 - "Selepas 2 bulan saya buka pusat terapi, sy juga kerap buat terapi & hasilnya tanpa disedari, berat badan dah berkurang lebih 20kg"

7 - Asma berkurang, tak perlu lagi sokongan gas - Selepas 3 kali buat rawatan terapi ion berturut-turut.

8 - Berhenti merokok - Selepas 5 kali buat rawatan terapi, saya rasa rokok tak lagi sesedap dahulu, kesannya saya boleh berhenti merokok, alhamdulillah

9 - Bau busuk pada kaki hilang.

10 - Tidak lagi cepat letih & lesu - dulunya lepas masak tengah hari saya dah letih dan perlu tidur. Lepas buat rawatan, rasa masih boleh buat kerja rumah sampai ke petang. 




Wednesday 4 March 2015

13 TIPS MENGATUR WAKTU HARIAN KITA

Banyak istilah waktu digunakan dalam pepatah masyarakat kita. Ada yang mengatakan bahawa WAKTU adalah WANG, waktu itu ibarat PEDANG. Waktu itu ibarat INTAN PERMATA. Dan banyak lagi istilah lainnya.

Dalam islam waktu adalah peluang yang diberikan Allah SWT, untuk digunakan dengan sebaik mungkin. Kerana ianya hanya datang sekali sahaja. Waktu yang lain mungkin sudah lain.

Jika kita ingin membuat perubahan nyata dalam hidup kita. Maka harus terlebih dahulu memulai dengan belajar bagaimana secara efisyen mengelola waktu dalam hidup kita. Siapa pun yang mengetahui bagaimana mengelola waktu, akan juga mengetahui bagaimana mengelola hidup. 

Mengatur waktu yang baik adalah tentang keutamaan yang tepat, baru setelah itu tercipta pengurusan yang tepat untuk hidup kita. Kualiti hidup kita tergantung pada pengurusan waktu dan bukan oleh jumlah energi yang kita habiskan pada apa yang kita lakukan.

Apakah kita selalu merasa kehabisan waktu dan kita tidak dapat melakukan apa yang dijadualkan?

Apakah kita selalu merasa bahwa kita tidak memiliki cukup waktu untuk diri sendiri?

Apakah kita merasa bahwa kita hidup dan bekerja di lingkungan yang penuh tekanan tanpa hasil yang positif?

Jika jawapan untuk salah satu pertanyaan di atas adalah YA, maka sudah saatnya untuk mengubah hidup kita dan mulai menghabiskan waktu dengan bijaksana dan efisyen. Sebab semua manusia akan rugi jika tidak menggunakan waktu dengan sebaik mungkin. Allah SWT berfirman dalam surah al-'Asr 1-3 yg bermaksud:
ِ
(1) Demi Masa.
(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
(3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Oleh kerana itu untuk mengatur masa dalam hidup kita ada beberapa tips untuk dijadikan panduan. 
ٍ
1. Senaraikan daftar hal-hal yang harus kita lakukan pada hari itu. Hal ini bertujuan agar tidak ada yang tercicir jadual yang perlu dilakukan pada hari itu. 

2. Buat rencana (SMART ). Dahulukan pekerjaan yang penting terlebih dahulu, belakangkan pekerjaan yang kurang penting. Seperti melakukan ibadah kepada Allah SWT lebih penting segala-galanya dari semua pekerjaan yang kita lakukan. jangan dahulukan pekerjaan dunia dengan mengenepikan pekerjaan akhirat. Kerana ianya hanya pekerjaan yang sia-sia di mata Allah SWT. 

3. Belajarlah untuk mengatur prioriti. Dengan menilai dari beberapa sudut pandang kepentingan. Seperti kepentingan agama, kepentingan orang lain, kepentingan bersama. 

4. Wakilkan kepada orang lain jika kita tidak mampu melaksanakan sendiri. Dengan mendelegasikan kepada orang lain untuk melakukannya. 

5. Jangan takut untuk mengatakan ‘TIDAK’ jika kita tidak mampu untuk melakukannya yang terbaik. Jika pekerjaan itu tidak mampu melakukannya. Maka katakan tidak kepada orang lain jika kita tidak boleh untuk melakukan pekerjaan tersebut. 

6. Membahagi tugas yang panjang/besar dalam kegiatan yang lebih kecil, dengan melaksanakan pekerjaan yang dapat dilakukan sekali harung dalam satu masa.

7. Melakukan suatu pekerjaan memerlukan waktu untuk menyelesaikannya. Oleh kerana itu target satu pekerjaan dengan waktu yang tertentu.

8. Kenali waktu di mana kita lebih produktif. Misalnya waktu pagi atau waktu dalam keadaan kita tengah semangat bekerja. Jangan melakukan sesuatu yang kita tengah malas untuk melakukannya. 

9. Cubalah untuk tidak menunda hal-hal untuk dikerjakan pada hari kemudian. Berusahalah untuk melakukan pekerjaan segera yang mungkin.

10. Hindari hal-hal yang dapat mengalihkan perhatian kita dalam pekerjaan. Maksudnya adalah, jika kita melakukan suatu pekerjaan, elakkan melakukan pekerjaan yang lain yang akan mengganggu pekerjaan yang utama.

11. Jangan lupa diri kita sendiri. Peruntukkan masa untuk diri kita sendiri. Jangan sampai pekerjaan yang dilakukan sampai melupakan kebersihan, kesihatan diri.

12. Menganalisa di mana kita menghabiskan waktu kita.
Cuba kita amati apa pekerjaan yang memerlukan masa yag panjang untuk kita kurangkan masa tersebut, bila perlu.

13. Selalu rencanakan waktu untuk kegiatan tak terduga. Dalam melakukan suatu pekerjaan peruntukkan masa untuk sesuatu pekerjaan yang tidak terduga. Hal ini bertujuan agar pekerjaan yang lain tidak terjejas. 

Mudah-Mudahan waktu yang kita miliki dapat dimanfaatkan pada perkara yang positif yang dapat membawa manfaat bersama dalam kehidupan kita. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

sumber: GroupWhatsapp

Monday 2 March 2015

4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin. 

Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW. Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah.

Wallahua'lam.

Semoga Bermanfaat. Share dengan rakan2 anda!

Sunday 1 March 2015

PENGURUSAN URI MENGIKUT KAEDAH ISLAM

MARI BELAJAR



Kita selalu terlupa benda2 macam ni.. kepada yang akan dapat anak sila baca dan faham.

SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!  Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

MENANAM URI ANAK atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. 

Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.

Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri: 


  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
  6. Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti 
  8. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
  9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  13. Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).




Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat

Semoga bermanfaat...

Sumber: Page Facebook